ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH.. pertama dan selamanya mari kita sama2 panjatkan kesyukuran kita ke hadrat ilahi kerana masih lagi bagi peluang kepada kita untuk meneruskan hidup. Yang kedua selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Hari ni sudahkah kita berselawat kepadanya?
First of all, aku dah cuba untuk buat confession ni dekat page IIUM tapi ditolak dengan alasan nak mengurangkan kisah cinta. Jadi aku habis idea aku buat blog.. lagi best.. bleh customize sendiri.
Lalu kisahku bermula...
Aku seorang student medik dekat mesir. Dulu aku bersekolah dekat sekolah agama. Masa aku Form 5, aku dah mula berminat pada seorang perempuan. Aku ada mintak gambar yang shooting untuk majalah sekolah daripada kawan aku, kebetulan kawan aku tu ada bagi gambar dia. Apa lagi aku tatap je la gambar tu, namun dalam fikiran aku.. "Alaa dia ni cantik la, tak mungkin aku akan dapat orang yang macam dia".. lalu aku simpan je perasaan tu.. sebab aku fikir itu memang tidak mungkin. Selepas exam SPM 2012, keputusan peperiksaan pun dikeluarkan. Aku dapat 8A alhamdulillah dan aku lihat si dia dapat 9A daripada total 11A.. Aku bersyukur alhamdulillah.. Lepas tengok result tu aku terus pm si dia melalui fb, "hai orang 9A" lebih kurang begitu la.. dia respon mesej fb aku.. apa lagi kan happy dan syok sendiri la.. tapi aku tak boleh tegur lebih-lebih.. takut dia perasan yang aku sebenarnya suka dekat dia.. sebab kalau dia terima sekalipun, perjalanan kitorang masih lagi jauh.. jadi aku biarkan aje.. masa tu yela aku tak harapkan dia sangat la.. Masa berlalu, selepas result UPU keluar, aku dapat menyambung pengajian aku dalam course "Asasi Sains" pada tahun 2013 dekat UITM Puncak Alam Selangor.. Masa tu aku ada tegur dan tanya dia dapat belajar dekat mana.. dia cakap dia nak sambung belajar dekat mesir ambik kos medik under yayasan negeri dan akan fly bulan 10 dalam jangkaan.. aku masa tu tak tahu boleh apply medik ke mesir under yayasan negeri.. hidup diteruskan, aku mendaftar diri aku masuk UITM Puncak Alam.. dan aku ada bercerita la tentang "Minggu Destini Siswa" dekat dia.. dia pun tanya aku balik.. "Best x"… walau beberapa perkataan yang dia balas sudah cukup membuatku berasa tenang dan gembira..
Setahun berlalu, aku telah menamatkan pengajian aku dalam course asasi sains dan balik ke rumah dalam bulan 4 tahun 2014.. pada waktu tu, aku sedar yang result yang aku dapat tidak melayakkan aku untuk apply medik dekat Malaysia.. Kita hanya mampu merancang je kan? Allah yang tetapkan segala-galanya.. kemudian, aku contact dia melalui FB dan bertanya a sampai z tentang proses untuk apply medik mesir under yayasan negeri.. i started contacting her starting from month of April 2014 setelah membuat keputusan untuk ke mesir.. bukan senang oi nak buat keputusan tu.. huhu.. pada waktu aku dah nak g mesir kan, dalam bulan tu, dia ada snap gambar "Lavender Fresh 500ml" dan mintak aku untuk belikan dua untuk nya..aku apa lg.. dah la aku suka dekatnya, walaupun simpan perasaan je kan? aku happy gila2 la..HUHUU.. dan aku pegi la cari benda tu dekat market dekat rumah tapi takde
.. dah la pada masa tu aku tak reti nak bawak kereta.. nak dijadikan cerita, mak aku bawak aku pegi bandar dan supermarket. Masa tu la aku amik peluang tu tuk beli benda tu.. aku amik benda tu dan cakap "mak nak softlan ni dua, tkut takde dekat sana" tanpa bgtau mak aku yang softlan tu bukan untuk aku, tapi untuk dia.. aku cakap la dekat dia yang aku dah pun belikan softlan yang dia nakkan tu.. dia HAPPY.. aku lagi la happy..hehe.. then dia ckap dekat aku, nanti sampai sana dekat mesir nanti suruh contact dia guna nombor whatsapp, wah dapat nombor whatsapp pulak.. yeayyy… happy nya aku.. mula daripada situ, hampir setiap hari aku view dia punya whatsapp profile picture dan aku save satu-satu.. gila kan? tapi itu la, dah mabuk cinta semua jadi.. memang setiap kali dia tuka profile picture whatsapp tu aku akan save satu TANPA MISS satu pun!!ni gambar LAVENDER FRESH 500ml
Then aku pun tiba la dekat mesir, aku pun rasa menggelabah la sikit sebab takde internet kan. masa tu sampai dekat mesir time raya haji yang kedua kalau tak silap.. lalu duduk lah aku termenung dengan kawan-kawan dekat wisma hayyu sabiek.. rahsia ye wisma mana.. tkut org carik aku nnti habis la.. uhu.. Keesokan harinya, senior nak bawak kitorang dekat center tuk beli nombor mesir yang baru.. masa kitorang sedang tunggu masing2 tengah siap2 dekat depan wisma.. kederangan suara akhawat yang hendak keluar dari wisma untuk keluar.. tiba2 mata aku terpaku pada kelibat yang berbaju kurung dan bertudung purple.. aku cam sangat sape dia.. "Ya allah, aku dapat tngok dia dengan live".. hnya tuhan je tahu perasaan aku masa tu.. jalan senyum sorang mabuk dilayan perasaan.. lepas beli nom aku terus activatekan internet.. yela lama tak dapat mesej dari dia kan.. then tup2 kederangan notification whatsapp masuk.. terpampang mesejnya "Dah sampai ke org mesir :')?".. happy nyeeeeee.. softlan yang dia kirim dekat dekat aku tu, aku bagi free ja.. aku cakap dekat dia terima je la dan study sungguh-sungguh,tak perlu bayar pun.. untuk pengetahuan korang, bangunan wisma kitorang bertingkat 9. dan kedudukan ikhwah (lekaki) dan akhawat (perempuan) berselang seli setiap tingkat. contoh tingkat 3 ikhwah duduk, tingkat 4 akhawat la yang duduk. masa tu aku duduk dekat tingkat 9 dan dia duduk tingkat 4.. so setiap kali aku nak bagi barang atau terima barang daripadanya kena naik turun tangga la aku :').. tapi setiap kali duk naik turun tangga atau time nak letak barang tu punya la berdebar.. yela takut dan malu kut2 dia intai aku diam-diam atau terserempak dengan ustaz-ustaz lain ke walaupun kitorang tak bersemuka pun sebenarnya.. tapi aku ja yang lebih-lebih malu.. and masa pun berlalu.. setiap hari ja aku akan text dia walaupun tak penting, asalkan dia balas sepatah je dah sangat-sangat cukup untuk memuaskan dan menggembirakan hati aku..
Setiap hari, time hari aku cuti dan takde kelas, aku akan duduk bersandar dekat tingkap bangunan wisma, tingkat 9 kan semua boleh nampak sebab tinggi.. dalam pkul 7.40am waktu mesir aku dah siap2 dengan camera phone di tangan untuk snap gambar dia curi2.. bila nampak dia jalan atau keluar trus aku snap bertubi-tubi.. aku tahu apa yang buat tu takde manfaat pun, tapi bila dah hati berbunga-bunga kan.. kitorang agak kerap jugak la contact pada waktu dulu-dulu.. sehinggakan kadang-kadang dia ckap dekat aku kalau takde benda yang penting kalau boleh jangan contact selalu sebab dia nak menjaga.. tu je.. aku contact la dia jgk kadang-kadang 2-3hari sekali..kadang2 seminggu, sebab aku rasa macam tak boleh kalau tak contact dia.. kalau sehari tu balas titik dibalas titik pun dah cukup okay dah.. semasa aku duduk dekat wisma, setiap kali dia mintak tolong, aku akan tunaikan.. nak suruh aku jadi mushrif? semua2 la aku on.. ape saje yang dia mintak.. setiap kali selesai mushrif mesti kawan dia ja yang cakap terima kasih sebab dia malu untuk bercakap depan2 dengan aku.. ingt dia je malu, aku ni berdebar-debar tahap ape dah, jadi mushrif je pun bukannya nak masuk meminang..huhu.. dia cakap aku ni jalan macam robot.. bila dah mabuk cinta.. kalau kutuk pun nampak pujian kan? :')..
Beberapa bulan berlalu, kitorang stay kawan dan jarang2 contact.. dan aku masih lagi save gambar2 whatsapp profile picturenya satu demi satu setiap kali dia tukar.. nak dijadikan cerita pada 24 JAN 2015.. dia ad bercerita dekat aku yang ada sorang ustaz taqdim dia dan dia tanya aku.. jahat sangat ke kalau saya tolak taqdiman ustaz tersebut? aku pun cakap la mane ada jahat nya.. biasa la laki kena tolak.. kan.. then pada masa tu la aku mula rasa tak sedap hati.. hati aku tetiba rasa gundah dan tidak tenang.. aku rasa yang diri aku dah sangkut dekat dia.. apa saja yang aku buat mesti akan terfikir dekat dia.. macam mana kalau dia terima nanti? macam mana ? macam mana? macam mana? fikiran aku rasa bercelaru.. aku pun bercerita dekat seorang ustaz yang umurnya senior daripada aku.. dia cakap dekat aku "kamu ada 2 pilihan ja sekarang sama ada mahu luah atau tak atau mahu luah, dan kalau kamu nak luah, kamu akan ada 3 kemungkinan iaitu sama ada dia akan tolak, terima atau tak bagi jawapan" .. masa tu aku rasa dah tak mampu nak befikir dengan betul lagi dah.. aku dah cuba untuk sibukkan diri aku dengan benda lain.. tapi semua itu tak menjadi.. aku menjadi semakin resah dan gelisah.. pada malam harinya itu, sebelum tidur, aku solat istikharah dan taubat sebab takut jugak apa yang aku buat sekarang ni salah.. aku menangis tak henti.. sebab aku takut sangat kehilangan dia walaupun pada masa itu aku dengan dia tak ada kaitan apa-apa pun.. cuma aku yang susah hati.. aku mohon petunjuk dari-Nya supaya bagi aku jalan keluar.. dan tunjukkan yang mana betul untuk aku dan dia.. siap solat semua.. aku terus tidur.. nak dijadikan cerita.. aku bermimpi pasal dia malam tu jugak..
Dalam mimpi aku tu, aku dan beberapa orang ikhwah yang lain jadi mushrif untuk sekumpulan akhawat.. namun entah macam mana jadinya aku terpisah dengan kumpulan tu dan sesat seorang diri. kemudian aku terjumpa dua orang budak arab dan tanya dia jalan untuk pulang ke wisma aku.. budak 2 orang tu jadi penunjuk jalan aku sehingga la aku tiba dekat wisma.. setibanya aku di wisma, aku melihat kelibat 2-3 orang akhawat sedang berdiri di luar pagar, aku berjalan melalui mereka bertiga.. bila dah makin dekat, aku angkat kepala dan tengok wajah salah seorang daripada akhawat tersebut.. alangkah terkejut dan bahagia aku bahawa itu adalah si dia..si dia yang aku sangat kenal.. aku tersenyum.. dan aku perasan dalam mimpi tu yang dia tersenyum jugak.. aku pun tunduk dan berjalan melepasinya dengan senyuman.. Sejurus selepas itu, aku tersedar daripada tidur aku dalam keadaan aku menangis.. dah nak dekat subuh waktu tu.. Ya allah engkau datangkan dia dalam mimpi aku.. betapa gembiranya aku rasa.. dalam keadaan menangis tu, tanpa berfikir panjang aku capai henset aku.. aku bukak whatsapp dan aku taip panjang-panjang yang aku suka dia… aku cakap dalam whatsapp tu, "sebenarnya saya taqdim bukan sebab apa hanya mahu luah perasaan, saya tak kisah sama ada awk nak terima atau tolak saya.. atau tak bagi jawapan.. saya bukan nak bercouple macam yang budak-budak zaman sekarang yang lakukan pada masa kini.. ikut la nak buat apa pun.. asalkan saya dah luah.. maafkan saya .. saya tak berniat nak buat macam ni tapi saya rasa saya macam dah macam ape tah.. saya tak kisah pun dan terima je semua keputusan awk".. masa aku nak hantar text tu punya la berdebar aku.. berkali-kali aku beristighfar dan sebagainya.. bukannya aku nak perasan cuma nak cerita betapa berdebarnya aku pada masa tu.. aku pun send la text tu.. lepas aku send trus aku off data.. aku tersangat takut masa tu. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu.. selang beberapa jam lepas tu, aku perasan yang dia dah read mesej aku.. aku pun off lg data. takut sangat-sangat.. sehari lepas tu, dia baru balas mesej aku.. dia kata "Ya allah ape ni?" sambil letak icon menangis.. aku pun apa lagi tak henti-henti la aku mintak maaf daripadanya… sebab aku rasa bersalah sangat..
.. maafkan sy sebab lukakan hati … then pada malam harinya tu, dia mula contact aku balik, dia tak kata pun yang dia terima aku.. cumanya dia bertanya tentang perihal diri aku.. pada masa tu aku masih blur lagi.. yela kan aku tak pernah alami benda-benda macam ni sebelum ni.. jadi aku rujuk dan tanya senior aku yang tadi tu.. apakah maksud dia text aku begitu.. ustaz tu cakap,, dia dah terima la tu.. Ya allah biar betik???!!!.. aku xpercaya sangat-sangat.. si dia kata kakak dan mak suka dan berkenan dekat aku.. mula daripada situ kitorang start bercontact.. namun macam biasa la mesti si dia akan bagitahu supaya kurangkan dan menjaga antara satu sama lain… kalau hari birthday tu kitorang memang tak lupa la.. pada hari birthday pertama aku dengan dia.. dia hadiahkan aku sehelai jubah daffah haramain dan sekeping nota kecik yang aku masih simpan hingga hari ni..![]() |
| Hadiah untukku pada birthday pertama |
Hadiah birthday ke 2
giliran hari lahir dia, aku bagi monopod dan kinder bueno.. haha memang tak romantik la aku kan? sebab aku dah cakap awal-awal- dekat dia yang aku ni jenis tak pandai nak romantik.. aku takde pengalaman.. dan masih lagi aku ingat dia ajak aku teman whatsapp sebab semua housematenya dah masuk tidur, waktu tu dia bakar kek coklat hingga jam 4pagi waktu mesir.
Kek coklat yang lebih kurang begini haa..
kita saling contact, hampir setiap hari la.. kadang-kadang masa ada exam, atau kerja kitorang tak contact la. aku ingat lagi pada musim exam akhir tahun, si dia bagi henfon dekat kawan dan buang tilamnya untuk elak dirinya daripada tertidur..hahah lucu pulak bila diingatkan balik.. kalau dah mengantuk sangat atas kayu katil saje pun dah cukup baginya.. then pada akhir sesi Tahun 1 di mesir, haaa lupa nak cakap yang dia dah tahun 2 mase tu.. kitorang balik la ke tanah air masing-masing.. setibanya di malaysia, aku ada cakap dekat dia yang aku nak pergi jalan-jalan kat rumah dia.. tapi mase tu aku tak pernah lagi bawak kereta sorang-sorang melainkan mak aku ada disisi aku (jpj sepenuh masa la katakan).. mak aku bagi je aku pegi.. tapi tu la.. aku tak reti bawak kereta dan masa tu aku berdebar.. berdebar untuk bawak kereta dan berdebar untuk jumpa si dia.. last-last aku tak jadi pergi rumah dia.. uhuhu.. kemudian masa nak datang mesir balik, kitorang ada berpakat untuk datang sekali ke mesir tapi seat flight lain-lain la.. masing-masing tak plan untuk duduk sekali pun.. selalunya si dia akan mintak tolong aku untuk check in flight untuk nya sebab internet dekat rumahnya slow sangat. then berjumpa la kedua belah keluarga masing-masing sebab nak hantar anak-anak ke mesir kan? masa tu la aku kali pertama dapat tengok mak dia, kakak dia, adik beradik dia, kakak ipar dia, tapi masa tu ayahnya tak de sebab kerja dekat KL.. kita pun fly la sampai mesir, kenderaan untuk transport si dia yang uruskan.. oh lupa nak cakap, kami bukan berdua tau, ad 2 orang lagi yer bersama.. kami berempat naik kenderaan yang dinamakan "tremco" untuk ke rumah kami.. rumah yang aku duduk tu agak jauh daripada rumah dia.. hmm masa tu agak la sedih.. tapi nak buat macam mana.. masa tu aku ada contact ustaz yang berdekatan rumah dia tu, kut2 ada rumah kosong yang boleh didiami berdekatan rumahnya.. tapi malangnya takde.. jadi aku pun redho jela.
then kitorang memang sangat rapat la jugak.. apa-apa cerita je antara kami, kami share sama-sama.. boleh dikatakan aku dan dia tahu cerita masing dari a sampai z.. dia ada bagi aku akaun fb dia.. aku pun ada bagi tapi dia cakap dia tak nak bukak sebab takut kecewa.. hmm sedih jugak la masa tu.. setiap kali aku tahu dia terpaksa berjumpa atau contact lelaki mesti aku akan cemburu gila-gila.. mana tak nya kan ? dia belum milik aku lagi
.. masa tu, dia rasa macam tak okay la kan sebab kitorang contact tanpa ikatan… haaa sebelum tu, masa aku mula-mula berkenan dekat dia aku dah awal-awal lagi dah tunjuk gambar dia dekat mak aku dan kata yang aku suka dia.. masa tu dia ada cakap dekat mak dia, kalau tak bagi kitorang kahwin dia tak nak balik malaysia, aku pun cakap la balik dekat dia. tak boleh la buat macam ni, setakat aku apa je ada sehingga nak buat macam tu dekat parents kan?
.. aku pujuk dia supaya balik.. lepas tu mak dia nak cakap dengan aku, tapi masa tu aku memang serius xready
.. dan aku berdebar sangat.. sangat2 :'((((.. dan aku tak mampu berbicara dengan mak dia.. then dia cakap tak mengapa la.. kitorang balik keadaan asal la contact.. selepas dia balik malaysia.. aku perasan yang dia dah mula berubah.. jarang-jarang balas whatsapp aku.. hanya mintak maaf je memanjang..aku pun pelik la kan kenapa ye macam ni? aku tanya lagi tapi dia hanya cakap mintak maaf je… hmmm.. then last-last aku dapat tahu yang dia sedang contact lelaki lain.. alangkah hancurnya hati aku pada masa tu.. last-last dia jujur cakap yang mak dia tak nak dia ada hubungan dengan aku lagi.. katanya mak dia sukakan laki lain tuknya.. lalu dengan bulat-bulat dia tinggalkan aku.. dia cakap dia tak nak pun begini.. tapi terpaksa.. sebab ibunya kata macam tu kan? dulu memang dia janji nak setia dengan aku, jadi aku pun setia dengan nya.. namun.. kita hanya mampu merancang.. tapi Allah yang menetapkan segalanya.. 1st day aku tahu tu, masa tu aku nak follow kawan-kawan pegi beli barang..yela nak balik malaysia dah kan kena bawak barang balik rumah.. apa-apa cenderamata ke.. masa tu tengah tunggu bas.. punya la heartbreak masa tu hanya tuhan ja tahu.. masa tu aku memencilkan diri dan kawan aku bertanya kenapa aku pelik semacam.. masa tu aku rasa nak patah balik ja rumah nak nangis kuat-kuat.. sebab aku xpercaya semua ni berlaku.. namun aku gagahkan diri aku untuk pegi jugak.. masa tu bulan puasa dekat mesir.. aku tak dapat nak sahur atau berbuka.. kalau makan pun hanya 3 suap sahaja.. berat asal aku 54.. tapi setelah aku balik malaysia berat badan aku turun mendadak sehinga 49kg. hanya dalam masa 2 minggu.. tak ke cepat sangat tu? seorang insan yang aku sangat-sangat percaya telah berubah.. namun itu belum cukup untuk mematahkan aku.. yang lebih mengecewakan aku dia dah terima lelaki lain dalam hidupnya.. lepas aku balik malaysia aku demam panas teruk.. kejap kebah kejap demam balik.. ya allah betapa seksa hati aku.. setelah beberapa lama kemudian aku pergi jumpa mak ayahnya, namun tahukah yang si dia larang aku berjumpa dengan mak ayah nya.. dia cakap dia tak nak peningkan parents dia..hmmm..tapi last-last dia bagi jugak.. sebelum tu aku ada luah dekat lelaki tu, aku luah la sebagai seorang lelaki aku ingat dia akan faham aku…
Namun setiap kata-kata aku dibalas dengan perasaan marah.. sebab haritu aku ada perasaan yang si dia ad contact ngan laki tu dekat fb.. jadi aku yang perasan tu mintak la hentikan semua tu sebelum jadi benda lain pulak nanti.. aku mintak suruh block la.. memang aku kejam kan? tapi sebab aku takut tuk kehilangan dia aku sanggup buat segalanya.. laki tu cakap aku ni duk paksa-paksa dia, laki tu geram ngan aku, suruh aku lupakan si dia, and dia tak mengaku pun yang dia memang mengganggu si dia sejak dari dulu lagi.. dia asyik duk mesej messenger si dia kerap kali.. duk tanya dah berpunya ke.. tp si dia ni jawab it's complicated.. tapi aku perasan la dia still cucuk jugak.. last-last si dia pergi cerita dekat kakaknya perihal lelaki tu.. menyebabkan segalanya telah berubah.. first time aku dengar berita ni daripada dia.. aku mengalami kesukaran bernafas.. namun siapa lagi nak pedulikan pasal aku,, dah takde orang nak kisah lagi dah.. aku terpaksa pergi farmasi dan beli ubat lelah.. penyakit yang mana aku telah lama tak alami sejak aku kecik lagi, telah kembali semula.. aku asyik pening-pening dan nak termuntah.. aku yang sedang menaip ni.. aku telah menanggung seksa perasaan aku saban hari,.. kini 2 bulan telah berlalu… namun hari-hari aku berlalu dengan tangisan yang tak bertepi.. tak da orang yang tahu melainkan Allah je yang tahu.. tapi aku sedar.. banyak hikmah disebalik apa yang berlaku.. mungkin kita je yang tak perasan.. aku jugak perasan yang lelaki tu ada letak gambar ni dalam profile picture whatsapp nya, gambar ni la yang si A bagi dekat aku untuk menceritakan keadaan kitorang yang asyik gaduh dan nangis.. dan status nya merindu.?? apakah itu?? baru kenal dah macam tu sekali ke? .. sedihnya aku..
Wahai insan Ms Capital A.. if you can read this, i just want you to know that i'm in deep trouble right now. trouble with myself. i tried to lie myself about you but i couldnt. i cant forget about you. even the smallest part of our memories. now i just pray the best for us. insya allah everything will be good. kalau ada jodoh nanti saya akan masuk meminang awk.. insya allah.. jika diizinkan la.. masa tu ikut la nak terima saya atau tak.. sy redha sebagaimana waktu saya mula confess dengan awk dulu-dulu.. saya tau je yang awk dah sudah tidak ada perasaan berbaki dekat saya lagi.. but sekadar boleh fully express myself is enough for me i think..kata-kata saya kepada awk dulu bahawa hanya awk yang terakhir dalam hidup tu bukan main-main.. memang betul.. we are not even friend now, but a total stranger.. this one will be forever in my memory.. my entire life.. for you... love is just about choices.. but for me. What i know love is just about sacrifices, loyalty dan sufferings.
From Mr Capital S.. just some confession about myself.. aku jadi ajk program.. esok kena send poster tapi duk sibuk taip benda ni lak.. huhu.. tapi sebab sedih la aku terpaksa taip benda ni..
Moga kita bertemu kembali.. dan andaikata awk baca ni ketika birthday awk.. i just want to let you know
.. i wish you HAPPY BIRTHDAY.. may allah bless you always my friend.. you know me better than others.. and you know macam mana saya terseksa.. sebab setiap kata-kata saya, akan saya tunaikan walaupun seberat gunung sekali pun.. dulu saya janji nak setia.. maka saya akan setia selamanya walau disakiti.3 4 tahun hanyalah suatu masa yang singkat... walau janji awk .. awk dah mungkiri.. namun.. saya ok. klu awk betul2 setia awk akan usaha la kut celoh2 mana pum.. tp..ok je.. awk dah block segala media tentang saya ..
… jadi disini saje ruang untuk saya berceloteh.. sekian sahaja daripada insan lemah
.. wish you the best of luck..Here your first picture ever sent to me! .. picture lepas bekam la katakan.. hehe
- My name Mr Capital S.
Full Time Medical Student of al-Azhar University, Egypt
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit







No comments:
Post a Comment