Friday 12 January 2018

Pengalaman Sendiri Attachment di Hospital

Assalamualaikum W.B.T. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi luangkan masa untuk melawat blog saya. Insya allah dalam entri pada kali ini, saya akan cuba ceritakan secara ringkas tentang pengalaman buat attachment di hospital. Entri saya yang ini sepatutnya ditulis dalam bahasa inggeris tapi entah kenapa rasa malas pulak. Mungkin malas nak perah otak kut sebab dah lewat malam. Ni dekat rumah pun takde air. Huhu.

Sebelum itu saya ceritakan serba sedikit dahulu tentang permohonan saya untuk buat attachment tersebut. Ketika kami sedang menduduki peperiksaan akhir tahun 3 (final year paper), pada masa tu, kawan-kawan saya dah mula apply untuk buat attachment. Tapi saya pada masa tu tak fikir sangat la sebab mungkis fokus pada exam kot. Lagipun, lepas exam, saya expect diri saya akan kena dhur, jadi saya tak get ready ape-ape la. Buat balik pakaian ke rumah pun hanya berbekal tuk sebulan camtu je.

Tapi takdir Allah menentukan saya tak perlu dhur thani, Alhamdulillah kerana Allah telah bagi saya lebih masa untuk berada di Malaysia 😂. Then, bila dah tahu tak kena dhur tu, masa tu la kalut nak apply, first kena selesaikan surat pengesahan belajar universiti. Mintak kawan siapkan dan kirim orang balik ke Malaysia. Dah dapat surat tu, ditakdirkan Allah surat tu hilang pulak. HAHAHA, i was like 😢. Then, lepas itu la saya mula gunakan skill saya dalam Photoshop hehehe. Maka bermulalah edit di sana sini. Siap semua dokumen, saya pergi hospital untuk hantar dokumen, tapi pastikan korang hantar surat tu jangan kurang dari 2 minggu sebelum mula tarikh untuk buat attachment. Kalau ikutkan peraturan asal yang ditetapkan 3 bulan sebelum.

Oke baru nak masuk cerita sebenar. 😜

First day, kami semua berpakat untuk datang awal ke HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II), sebelum itu, pihak hospital telah berpesan supaya datang awal dalam jam 7.30pagi untuk jumpa dengan pengarah hospital. Maka pagi itu, selepas subuh, dalam 6.15 saya sudah mula bersiap dan bertolak dari rumah. Rumah saya jauh kay. First day mestilah awal beb HAHA. 6.45 camtu keluar. Bawak kereta sendiri pagi-pagi, best kut ad feeling acah-acah dah bekerja. HAHA. Jalan pulak jem pagi-pagi. Waduhh.! Saya sampai dalam jam 7.40am. Masa tu ingat semua dah sampai. Rupa-rupanya saya baru yang ke 2 sampai. 😆. Nak dijadikan cerita dorang baru sampai dalam jam 8pagi jugak bertonggek dengan moto masing2. Kami kumpul dan jumpa pengarah. Kami diberikan kad pelatih untuk digunakan sepanjang tempoh kami di hospital tersebut.

Masa tu, ada seorang senior MA namanya Azhar, dia yang briefing kami semua dan tunjuk semua kawasan-kawasan dalam Wad Kecemasan. Lupa nak sebut, kami apply untuk wad kecemasan yea. Wad Kecemasan ada 3 Zon; Zon Hijau, Zon Kuning dan Zon Merah (Resuscitation). Biar saya brief sikit okay?. Zon Hijau dikhaskan untuk pesakit-pesakit luar sahaja, contohnya macam luka, patah, tetapi pesakit masih lagi sedar dan masih boleh berjalan atau kerusi roda. Lebih kurang begitu. Zon Kuning (Yellow Zone) pulak, dikhaskan untuk pesakit-pesakit yang semi-concious. If i'm not mistaken laa.. hehehk. dan Red Zone ni yang paling best, Zon ini juga dinamakan sebagai Resus Zone (Resuscitation), fungsi zon ni adalah untuk menstabilkan pesakit sebelum dipindahkan ke wad kecemasan atau wad biasa. Biasanya pesakit yang masuk dalam red zone; pesakit yang tidak sedarkan diri, kemalangan, cardiac arrest, SOB (Shortness of Breath), dan sebagainya.

Sebelum pesakit-pesakit ditentukan ke zon yang mana satu. Pelik pulak bila cerita dalam BM. Mereka akan melalui Triage System ada Primary Triage dan Secondary Triage. Fungsi Triage System tersebut adalah penting dalam menentukan pesakit ke dalam zon yang mana satu dan juga kena ambik vital sign pesakit. Saya berpeluang menjaga kaunter triage dan cuba mengambil ala-ala history dan vital sign pesakit. Acah-acah je haha.

Vital Sign that you should know (normal and diseased)
1) Respiratory Rate
(normally adult 12-18, biasanya kids atau infant lagi tinggi, tak sure bleh refer balik). Cara nak kira bukan perlu pakai mesin ke pakai ape-ape. Just you inspect pernafasan pt (patient) tersebut dan cuba agak dia punya RR. Contoh, kita inspect dia inhale exhale sebanyak 4 kali dalam 15 saat. Untuk dapatkan kiraan dalam seminit, 4 x 4 = 16

So conclusionnya, 16 RR which is normal for adult. Biasanya kalau patient punya RR lebih 25 contohnya 28 camtu, dorang akan admitted to Asthma Bay, satu kawasan untuk rawat pesakit lelah.

2) Body Temperature
Part ni korang kena guna thermometer letak bawah lidah untuk orang dewasa. Normal temp berapa? Hah cuba teka! Saya pun tak ingat sangat mungkin dalam 36.5 - 37.5 Celcius camtu. Then korang isi la dia punya temp dalam paperwork yang disediakan.

3) Pulse Rate
Pulse Rate jangan risau benda ni mudah je, dia dapat tahu result sekali masa kita test ABP. Sphygmomanometer tu. Normal pulse rate for adult 60 - 100 lebih kurang. Infant atau kids lagi tinggi yea.

4) Blood Pressure
Ni paling penting! Perlu reti la pasang benda alah ni haha. Haritu dah la saya kena buat dekat nurse, tangan pulak ketar-ketar sebab kita newbie kan. Nak pesan bila kita jadi Dr, HO dan sebagainya, memang orang akan hormat kita, hatta saya student sendiri pun dorang panggil kami Dr. Betapa diorang hormat kita. Tapi ingat! Jangan rasa GAH dengan diri sendiri. Ilmu bukan milik kita, ilmu milik Allah, banyak lagi pekerjaan yang lagi mulia dari Doctor. Tapi bila jadi dr, orang nampak kita "power" sebab kita terlibat secara langsung. So in short, hormatilah sesiapa sahaja tak kira tua atau muda, berpangkat atau tidak kerana disisi  Allah semua itu tiada nilai.

Normal adult BP 110-130/60-80. Kena check balik sebab rasa macam silap.

5) SPO2
SPO2 ni basic je benda alah yang letak dekat jari tu, yang kepit menyala warna merah. Dia detect O2 perfusion dalam tissue kita. Normally above 98. Biasanya 98-100. Kalau rendah tu maksudnya pt sedang mengalami kekurangan O2 dalam darah. Pernah saya jenguk dalam Yellow Zone ada seorang pakcik batuk-batuk, lepas saya tengok, dia punya SPO2 78 and droppping. I was like shocked for awhile. Then pakcik tu dipindah masuk ke red zone.

6) Blood glucose
Yang ni kena tengok case patient.

Setakat pengalaman saya jaga dekat Triage walaupun tak lama sangat. Masa tu kita kena banyak sabar kerana kita berhadapan dengan ramai pesakit yang mempunyai banyak ragam. Ada yang memahami dan ada yang tidak. Ada juga sesetengah pt mempersoalkan kenapa lambat sangat turn dipanggil? Sebab pt ramai la dik. uhu. Masa dekat Tr tu, patient datang, korang buat cam biasa je, tapi percayalah, kalau korang tanya sikit pun dorang akan jawab banyak seolah-olah korang ni memang dh jadi seorang Dr. Cewah. Tapi jangan buat main-main pulak. Wajib hormati pesakit! Masa dorang cerita jangan sangkal dan jangan potong percakapan, jaga adab. Dengar-sedengarnya luahan daripada pesakit kerana apa? Percayala pesakit akan rasa lega sedikit selepas meluahkan sesuatu kepada kita. Tu antara rawatan secara psikologi yang kami mampu beri.

Okey ni kisah saya semasa berada dekat Red Zone, biasanya bila pesakit masuk RZ, loceng akan dibunyikan 4 kali berturut-turut. Jadi kami bergegas ke RZ. Masa saya masuk itu, ada seorang Female Pt. 22 Y/O presented with haematemesis (muntah berdarah). Pada mulanya saya tak tau tu ape tau, tapi lepas saya tengok dalam dia punya plastik bag. Masya Allah, memang darah memenuhi hampir separuh plastik tersebut. Pt menggelepar kesakitan, dan Dr bagi sedative untuk tidurkan pesakit. Dr start buat procedure, intubation, untuk buka dia punya airway dan sedut darah keluar daripada mulut,

Dan pernah juga, saya buat CPR pada pesakit cardiac arrest. Pt dah meninggal kerana lung infection. Dan masa dekat wad kecemasan ni, korang kena banyak belajar cara untuk baca ECG, XRay Film, dan lagi tak ingat ape. So, kalau korang nak pilih Emergency Department, make sure korang tau dulu apa itu BLS (Basic Life Support). Amik tahu sikit dah okay, boleh praktik dekat sana.

Ada jugak seorang askar yang baru lepas kemalangan, nampak dia macam tengah sakit, tapi takdela nampak sakit sangat, dia tak berhenti bergerak jadi nurse & MA terpaksa ikat kaki tangan dekat katil, nampak macam okay tau. Dr cuba check dia punya chest kot2 ada pneumothorax, after 10 minutes gitu, Pt cardiac arrest, then we started CPR as soon as possile. Dalam 20 minit gitu, keluar muntah daripada mulut pesakit dan Dr suruh berhenti sebab memang dah takde harapan sebab Pt dah aspirate dia punya vomit. And the patient declared "LO" (Last Office) ke amende tah.

So, back to basic,

Jadual kitorang dekat hospital, tepat jam 8.00pagi, pihak hospital ada buat kelas CME (Continous Medical Education) mula hari Isnin hingga Khamis tapi depends la kadang-kadang berubah. Hari Ahad ade jugak cuma hari Ahad dia buat dekat dewan besar. Masa kelas CME, biasanya bertopik, contohnya haritu tajuk "Approach to chest pain". Seluruh ahli yang hadir akan cuba participate la dalam tajuk tu, biasanya HO yang akan bentang.

Jadi takde ape dah kot. Dah nak tido kbye. Ngantuk 😚.

Takde ape pun sebenarnya, secara kesimpulannya, segala yang kita belajar dalam buku hanya penting dalam memberi general idea sahaja, bukan secara praktikal. Jadi bila korang balik malaysia tu, cuba-cuba la buat attachment. Jangan ponteng. Huhi



Safwan,
4th Year,
Full Time Medical Student of al-Azhar Universiti.